Karangan Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

Karangan PT3: Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

| |

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Tulis karangan tentang Kepentingan Memelihara Alam Sekitar.

Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

Alam sekitar ialah alam di sekeliling kita seperti sungai, tumbuh-tumbuhan dan bukit-bukau. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.

Alam sekitar ialah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita. Persekitaran yang bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain itu, alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam. Tumbuh-tumbuhan berfungsi mengeluarkan gas oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan. Haiwan juga memerlukan tunbuhtumbuhan untuk dijadikan sumber makanan.

Selain itu, bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara. Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan. Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau, singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawal agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara. Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita. Lautan yang terbentang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan. Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *