Karangan Kebaikan Perpustakaan

Contoh Karangan PT3: Kebaikan Perpustakaan

| |

Perpustakaan merupakan ruang yang selesa untuk meminjam dan membaca buku. Apakah kebaikan perpustakaan terhadap pelajar di sekolah?

Kebaikan Perpustakaan terhadap pelajar

Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang paling penting kepada pelajar. Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah dan lain-lain lagi. Di negara kita, terdapat banyak perpustakaan awam dan perpustakaan sekolah di setiap negeri untuk kemudahan orang ramai membaca. Membaca merupakan jambatan ilmu kerana membaca dapat menambahkan pengetahuan murid-murid.

Menambah ilmu pengetahuan

Antara faedah mengunjung perpustakaan ialah remaja dapat menambah ilmu pengetahuan dan perbendaharaan kata. Apabila kita membaca di situ, kita akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di dalam dan di luar negara sama ada yang berkaitan dengan bidang ekonami, politik dan sebagainya.  Ini akan meluaskan pengetahuan kita.  Selain itu, pembacaan dapat menambah perbendaharaan kata. Apabila kita membaca buku-buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan membantu kita menulis karangan dengan lebih baik. Bah kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Membentuk disiplin diri

Selain itu, perpustakaan adalah tempat untuk membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan untuk membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru itu, murid-murid dapat berlatih mendisiplinkan diri di perpustakaan dan menjadi amalan dalam baik dalam kehidupan mereka.

Menjimatkan wang ibu bapa

Di samping itu, mengujungi perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku yang ingin membaca kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Sesetengah pelajar dari keluarga yang miskin mempunyai peluang untuk membaca buku tersebut walaupun mereka tidak mampu untuk membeli buku. Oleh itu, wang tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung atau membeli barang keperluan yang lain.

Mengisi masa lapang

Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah kerana masa itu emas. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan semasa masa yang lapang. Dengan itu, masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Situasi ini juga boleh mencegah remaja daripada terlibat dengan aktiviti yang tidah sihat seperti merokok, melepak dan sebagainya. 

Penutup Karangan Kebaikan Perpustakaan

Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan perpustakaan yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya remaja. Amalan ke perpustakaan haruslah dipupuk sejak dari kecil. Semua pihak hendaklah mengambil peluang untuk memantapkan pengetahuan dengan mengujungi perpustakaan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *